The Next Generation Traffic Network

Kamis, 09 Mei 2013

Cerita Dewasa dicabuli Ayah dan Sahabat Laki-Laki Masih Terasa Hingga Sekarang




Diperkosa bapa kandung ketika berusia lapan tahun dan dirogol beramai-ramai oleh kenalan lelaki membuatkan gadis ini membenci lelaki.


Menurut Ally, 19, rasa hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan pahit itu.


“Saya benci berada dekat lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa dan didera bapa sebelum kenalan rapat pula menjadi dalang rancangan rogol beramai-ramai membuatkan saya jijik dan benci pada lelaki.


“Semua lelaki mempunyai pemikiran sama biarpun saya cuba menafikannya berkali-kali. Mungkin saya tak bernasib baik dikelilingi lelaki bernafsu binatang,” katanya.


Menceritakan kembali saat dirinya diperkosa bapa sendiri, Ally berkata, bapanya penagih dadah yang bercerai dengan ibunya ketika dia berusia enam tahun.


“Satu hari ayah datang menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah. Ayah kata saya perlu tinggal bersamanya dan saya bersetuju kerana dia bapa kandung saya. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan dengannya, saya didera dan kemuncaknya saya dirogol.


“Meskipun masih mentah, rasa malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa sendiri dirasai ketika itu. Malah, rasa sakit ketika diratah sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini.


“Tiada langsung rasa simpati, sebaliknya ditampar setiap kali menangis ketika minta bapa melepaskan saya. Paling saya tidak tahan, dia mencucuh puntung rokok pada kemaluan saya,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik apabila diselamatkan bapa saudara sebelah bapanya ketika hampir dijual untuk melangsaikan hutang judi si ayah.


“Mujur pak cik menemui dan menyelamatkan saya,” katanya.


Tidak cukup dengan penderitaan dirogol bapa sendiri, hidup Ally semakin kelam apabila diperkosa beramai-ramai akibat perangkap kenalan lelaki ketika masih belajar di sekolah menengah.


“Saya terlalu naif apabila sekali lagi meletakkan kepercayaan pada lelaki. Saya terperangkap dengan sandiwaranya. Dia begitu baik dan sering membantu saya ketika dalam kesusahan, tetapi kemudian sanggup berpakat dengan beberapa rakannya untuk merogol saya.


“Bukan seorang, tetapi tujuh lelaki memperkosa saya berkali-kali tanpa belas kasihan,” kata penghuni Rumah Perlindungan Baitul Ehsan.




0 komentar:

Posting Komentar